Salam..
Terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda yang sudi melewati blog saya, dan singgah sejenak untuk membaca perkongsian yang tidak seberapa ini. Anda mungkin tertanya- tanya apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan?..sudah tentu permasalahan tentang wanita, yang sudah berumah tangga juga telah memiliki cahaya mata. Persoalan yang nak saya ajukan ialah, adakah anda bahagia bersama pasangan anda?, dapatkah anda memikul tanggungjawab anda sebagai isteri serta seorang ibu?.. Jika anda seorang berkerjaya, anda dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang baik, syabas saya ucapkan. seorang wanita perlu ada jati diri yang kukuh, keikhlasan, kesabaran dan beberapa lagi sifat- sifat yang baik bagi menjalankan tugasnya sebagai pelengkap keluarga dan masyarakat. sungguh besarkan tanggungjawab seorang wanita?. Tanpa seorang wanita cekal di samping suami dan anak-anak tercinta, sukar untuk rumahtangga dilayari dengan sempurna. Dan diingatkan sebuah perkahwinan memerlukan pengorbanan yang besar bagi seorang isteri dan suami. Tanpa persefahaman dan rasa tanggungjawab yang sama mungkin rumahtangga boleh jadi kacau sedikit. Itupun sekiranya ada sebelah pihak yang mahu beralah jika terbit permasalah yang timbul tak dijangka. Perlu ingat, lelaki terkenal dengan egonya. Dan isteri dengan sifat sensitifnya. Jika masing-masing menunjukkan keras kepala, rumahtangga yang dibina walau sudah mencecah sepuluh tahun pun boleh jadi hancur. Justeru itu perlu ada pendekatan agama dalam rumahtangga agar rumahtangga diberkati dan diredhai Allah. Pertama sekali, pemimpin keluarga perlulah menjadi contoh teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Amalkan solat berjemaah bersama insyaAllah, ada kebaikkan akan datang sedikit demi sedikit. Menurut pengamatan saya rumahtangga yang tidak dapat dikawal dengan baik sekiranya hanya seorang isteri sahaja yang solat lima waktu dirumah. Bagaimana seorang suami nak melaksanakan tanggungjawab seorang suami dengan baik, sedangkan sebagai hamba Allah pun dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya..subhanallah, renungkanlah..Para wanita diluar sana, pintalah supaya suami anda bersolat. Dan lebih baik berjemaah bersama-sama dengan anda.
Sekian.